Sunday 30 November 2008

Akhlak Muslim


Bismillah Walhamdulillah

Entry kali ini berkisar tentang Indahnya Akhlak Muslim.Bilamana melihat pada tajuk pasti sahabat terdetik..emm akhlak ke,simple sgt tajuk ni dan tak ikut semasa.Ya memamg betul tapi akhlak merupakan value added yang perlu ada pada sseorang muslim itu supaya masyrakat luar melihat ..Subhanallh indahnya akhlak islam dan pasti mereka mengatakan tentunya Rasulullah SAW lebih mulia akhlaknya.Mereka akan dekat dan mendekati kita untuk bertanyakan islam dan sayang islam.Biarpun sedikit tapi usha kita untuk islam sendiri ada.


Kita selaku mahasiswa islam juga sering lupa untuk menjaga kualiti akhlak,subhanallah punyai taqdir yang sangat kualiti..mumtaz, jayyid jiddan dll tapi langsung tiada kualiti dalam akhlak..maka tidak ada apa yang perlu dibanggakan jika akhlak mulia tiada dalam diri.


Sebagaimana yg diketahui akhlak merupakan amal paling berat yang diletakkan dalam neraca hamba pada hari kiamat.Sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalnnya tidak akan dipercepatkan hisab.Rasulullah SAW bersabda:

ما من شىء اثقل فى ميزان العبد يوم القيا مة من حسن الخلق

"Tidak ada satu perkara paling berat yang diletakkan dalam neraca hamba di hari kiamat kelak lebih dari akhlak yang mulia (hadith riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Akhlak yang mulia adalah tanda dan hasil dari iman yang sebenar dan melengkapkan lagi iman biarpun ianya bukan asal iman.Dalam islam akhlak merupakan intipati bagi segala ibadat.Tanpa akhlak,ibadat hanyalah merupakan adat resam dan gerak laku yang tidak mempunyai nilai dan faedah.Inilah yang dibayangkan oleh Rasululah SAW dalam sabdanya sewaktu beliau ditanya"Apakah Deen itu?" baginda menjawab dengan sabdanya:
حسن الخلق
"Deen itu adalah akhlak yang baik"

Baginda juga pernah ditanya;"Apakah kecelakaan itu?"..Baginda menjawab dengan sabdanya:

سؤ الخلق
"Kecelakaan itu adalah akhlak yang jahat"



Merujuk pada kitab Attasawuf wal Akhlak Islamiah,Akhlak dari sudut bahasanya adalah tabiat,adat dan cetakan(keturunan) atau boleh diringkaskan bahawa akhlak itu adalah fitrah yang diletakkan manusia keatasnya..keduanya, akhlak itu lahir kesan dari pengaruh keadaan sekelilingnya.Maka,ianya boleh dilihat dari kehidupan Rasulullah SAW,baginda dari keturunan yang terbaik,dan baginda juga diasuh dengan keadaan sekeliling yang baik maka akan lahir seorang muslim yang berkeperibadian baik.Iaitu Rasulullah SAW,mmg tidak disangkal akan segala kemuliaan sememangnya hanya utk baginda SAW,TETAPI Itu bukan alasan untuk kita katakan bahawa kita tidak mampu untuk meletakkan diri sebegitu,ulama telah mengajar kepada kita panduan yang jelas dan ditambah dengan sirah baginda SAW..tiada alasan pada diri utk tidak berakhlak.


Selain itu akhlak juga diertikan dengan adat atau kebiasaan yg kita inginkan..iaitu keinginan itu jika dilazimi dengan kelakuan kita maka ia akan menjadi akhlak dan apabila kita membiasakan diri dengan keinginan(kelakuan yg baik) tersebut,berusaha sehingga menjadi kelaziman maka itulah keinginan(akhlak) yg mulia.Dari sudut lain pula,ilmu akhlak ini dirangkumkan pada dua aspek iaitu secara amali dan teori


Ilmu akhlak secara amali dibahaskan supaya para manusia sentiasa menghiasi amaln dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian spt sifat siddiq,ikhlas,amanah,wafa',i'ffah,berani,adil dan belas..ianya diprakktikkan supaya menjadi kelaziman dan adat kebiasaan diri


Ilmu akhlak secara teori pula adalah dgn kita sentiasa berfikir bgaimana untuk mnjadikan akhlak semakin lama bertambah baik,fikirkan tentang hakikat kebaikan dan keburukan..sentiasa muhasabah diri.

Sebagaimana firman Allah SWT:

وانك لعلى خلق عظيم
"Dan sesungguhnya kamu(Rasulullah SAW) benar2 berbudi pekerti yang baik", i bnu abbas pula myatakan itu adalah addeen yg mulia.



Merujuk pada kitab maza yakni intimai' fil islam..ada dinyatakan tentang sifat2 akhlak yang mesti ada dalam diri seseorang itu antaranya:
  • bersifat warak dari perkara2 syubhah

  • menundukkan pandangan

  • malu

  • lemah lembut dan sabar

  • bersifat benar dan jujur

  • menjauhi perbuatan sangka buruk

  • pemurah dan qudwah hasanah

Subhanallah,jika kita ikuti setiap apa yg digariskan,pasti terjaga segalanya.Pesan seorang guru,kita perlu mendidik jiwa,hati dan naluri kerana itu adalah tunjang akhlak.Bukan mudah untuk kita mendidik ketiganya jika hanya berharap pada diri sendiri..harapan penuh pada Allah SWT dan usha pada diri untuk jadi yang terbaik akhlaknya.Ana tinggalkn entry kali ini dengan sepotong syair berbunyi:


من عا شر الاشراف عاش مشرفا ومعاشر الانزل غير مشرف

"Sesiapa yg bergaul dengan orang2 yang baik,akan hidup mulia,dan yang bergaul dengan orang2 yang rendah akhlaknya pasti tiada mulia"

wallhua'lamm




































































Wednesday 12 November 2008

Mereka memilih Islam

Bismillah Walhamdulillah...

Artikel ini saya ambil dari iSlamku..kisah tauladan yang terdapat dari kisah-kisah penigislaman mereka ini moga dapat menambahkan lagi keyakinan kita akan kebenaran Islam,Alquran dan AsSunnah..

Ikuti Kisah-kisah pengislaman Dr. Gary Miller (Pakar Matematik Kanada), Aminah Assilmi (Bekas Kristian dan Aktivis Pembebasan Wanita), Idris Tawfiq(Bekas Paderi), Estanislao Soria (Bekas Paderi), Michael Wolfe (Dari Keluarga Kristian-Yahudi Amerika), Rosalyn Rushbrook (Berijazah Dalam Teologi Kristian London)…. Saya percaya masih ramai yang belum membaca atau mengetahuinya.

Dr. Gary Miller
(Tokoh Ilmu Teologi Kristian Dari Kanada, Pakar Matematik)

Dr. Gary Miller (Abdul Ahad Omar) berasal daripada Kanada. Beliau merupakan seorang pakar matematik yang mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian. Pada tahun 1978 beliau dihadiahkan al-Quran dan selepas membacanya beliau mula menyedari tentang kepincangan Bible dan kebenaran al-Quran.

Beliau terus memeluk agama Islam dan merupakan seorang pendakwah Muslim yang komited hinggalah ke hari ini. Antara tulisan beliau yg menarik ialah yang bertajuk “The Amazing Quran” (Quran Yang Mengagumkan). Dalam tulisan ini beliau membuktikan bahawa al-Quran adalah wahyu dan tidakmungkin ditulis oleh manusia dengan menggunakan pendekatan saintifik.

Antara tulisannya ialah, “Seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam selepas mereka mengkaji al-Quran ialah, ia tidak seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, al-Quran ialah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad.

Justeru mereka menjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir, ia pasti banyak bercerita tentang padang pasir. Tiba-tiba mereka menyedari bahawa ia tidak seperti itu….

Al-Quran boleh dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah al-Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains. Konsep sains pada hari ini ialah satu konsep yang memerlukan bukti.

Jika seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan jika ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik. Al-Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu untuk membuktikan bahawa ia adalah benar.

Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar”.

Rujukan: http://www.islamicity.com/science/theamazingquran.shtml

Aminah Assilmi
(Bekas Kristian Protestan Amerika, Aktivis Pembebasan Wanita Radikal)

Aminah as-Silmi ialah seorang bekas Kristian Protestan dari kumpulan Gereja Southern Baptist. Beliau juga merupakan seorang aktivis dari kumpulan pembebasan wanita yang radikal dan pernah bertugas sebagai seorang wartawan penyiaran. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan mendapat pelbagai anugerah kecemerlangan ketika berada di sekolah. Ketika di kolej beliau terpaksa belajar dengan wanita-wanita Arab yang rata-ratanya memakai tudung. Beliau menganggap mereka sebagai “golongan yang menjijikkan.” Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berdakwah kpd mereka agar mereka menganut agama Kristian.

Untuk tujuan itu beliau telah mengkaji Islam dengan mengkaji al-Quran, Sahih Muslim dan 15 buku yang lain. Kajian terhadap Islam ini berterusan selama 2 tahun dan akhirnya persepsinya terhadap Islam telah berubah. Ketika itu barulah beliau menyedari betapa Islam merupakan agama yang amat memuliakan wanita. Pada tanggal 21 Mei 1977, beliau mengucap dua kalimah syahadah.

Selepas memeluk Islam beliau berpakaian menutup aurat dan tindakan itu menyebabkan beliau kehilangan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran di Denver. Malah mahkamah memutuskan beliau dipisahkan daripada anak-anaknya disebabkan keislamannya. Akhirnya, dengan izin Allah, anak-anaknya, ibu bapanya dan bekas suaminya memeluk Islam…

Rujukan: http://www.texnews.com/religion97/muslim110197.html

Idris Tawfiq
(Bekas Paderi Roman Katolik UK)

Idris Tawfiq ialah seorang bekas paderi Katolik (Roman Catholic). Beliau memperoleh ijazah dalam bahasa Inggeris dan Sastera daripada Universiti Manchester, dan dalam bidang Teologi (Sacred Theology) atau Ilmu Ketuhanan daripada Pontifical University of Saint Thomas Aquinas di Rom.

Sebelum memeluk Islam beliau berpandangan Islam ialah satu agama kolot yang merendahkan martabat wanita, mementingkan keganasan dan mengajak umatnya agar mengebom diri untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Ketika beliau bercuti di Mesir selama seminggu beliau mula menyedari bahawa umat Islam secara umumnya tidak seperti yang dipaparkan dalam media massa di Barat.

Apakah perbezaan yang besar antara agama Kristian Katolik dan Islam? Beliau menjawab, “Asas bagi agama Islam ialah Allah. Kesemua perkara adalah berpaksikan Allah… Ia tidak menjadikan, sebagai contoh, Nabi Isa sebagai paksi. Seperkara yang lain ialah, Islam merupakan satu agama yang komprehensif.

Ia bukan satu agama yang menekankan ibadah pada hari-hari tertentu (contohnya hari Ahad) sahaja. Sebaliknya, Islam mengajar umatnya tentang cara untuk menyapa orang lain, adab-adab makan minum, adab-adab memasuki bilik, malah tentang setiap perkara.”

Rujukan: http://www.idristawfiq.com/

Estanislao Soria
(Bekas Paderi Roman Katolik Filipina)

Estanislao Soria ialah seorang paderi Kristian dari mazhab Katolik (Roman Catholic) yang berasal dari Filipina. Beliau mendapat pendidikan dan memperoleh ijazah dari Xavier University dan Loyola School of Theology, Ateneo de Manila University. Ketika pemimpin Islam Moro, Nur Misuari, bercadang untuk menjadikan Mindanao sebuah negara Islam terpisah daripada Filipina, Estanislao Soria menentang cadangan itu.

Beliau (yang lebih dikenali di Filipina sebagai ‘Father Stan’) berazam membuktikan penentangan beliau itu secara ilmiah. Justeru beliau telah membuat kajian yang mendalam dalam bidang sosiologi dan sejarah Filipina untuk membuktikan bahawa cadangan Nur Misuari adalah tidak berasas sama sekali. Di samping itu beliau berasa perlu untuk berdakwah kepada orang-orang Islam bertujuan untuk membawa mereka kepada Kristian. Untuk mencapai tujuan ini buku-buku tentang Islam telah beliau baca dan kaji.

Akhirnya sesuatu yang mengejutkan telah berlaku, iaitu, selepas beliau mengkaji Islam beliau menyedari bahawa Islamlah agama yang sebenarnya dan seterusnya memeluk agama Islam pada tahun 2001. Beliau mendapati banyak pandangan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh Kristian seperti Thomas Aquinas adalah berasaskan ajaran Islam.

Beliau berkata, “Kajian saya menyedarkan saya bahawa tamadun Barat sebenarnya berkembang kesan daripada ajaran Islam… Saya juga menyedari bahawa Gospel mengikut Barnabas adalah lebih sahih (credible) jika dibandingkan dengan keempat-empat Gospel yang terdapat dalam Bible sekarang (iaitu Gospel mengikut Mark, Matthew, Luke dan John).” (Gospel mengikut Barnabas menceritakan dengan jelas tentang pengutusan nabi Muhammad selepas nabi Isa).

Rujukan: http://www.islamonline.net/english/Journey/2005/11/jour01.shtml

Michael Wolfe
(Dari Keluarga Kristian-Yahudi Amerika, Wartawan)

Michael Wolfe berasal daripada Amerika. Ibunya ialah seorang Kristian dan bapanya seorang Yahudi. Justeru berlatarbelakangkan itu beliau berkesempatan mengenali agama Yahudi dan Kristian namun kedua-dua agama itu tidak menarik perhatiannya. Agama Yahudi, baginya, amat menekankan tentang kaum yang terpilih (iaitu golongan Yahudi), dan pandangan ini tidak dapat beliau terima. Agama Kristian pula diselimuti pelbagai misteri.

Beliau menegaskan, “Agama kebenaran yang saya cari mestilah satu agama yang tidak mengabaikan aspek metafizik dan sains. Ia bukannya satu agama yang sempit yang susah untuk difahami. Agama itu tidak memerlukan manusia perantara seperti paderi. Ia tidak menentang perkara tabii seperti seks. Dalam agama itu perlu ada ritual atau amalan harian agar dengan itu kesedaran diri dapat dipertajam dan minda dapat disiplinkan.

Yang paling penting, saya perlukan kejelasan dan kebebasan dalam beragama kerana saya tidak mahu membuang akal fikiran untuk digantikan dengan dogma atau kepercayaan secara membuta tuli… Dan semakin saya mengkaji Islam semakin saya menyedari bahawa inilah agama yang saya cari.”…. Antara buku yang beliau karang ialah ‘The Hajj: An American’s Pilgrimage to Mecca’ dan ‘One Thousand Roads to Mecca: Ten Centuries of Travelers Writing About the Muslim Pilgrimage’. Beliau mendapat Anugerah Wilbur 2003 kerana buku agama terbaik yang dihasilkan.

Rujukan:http://www.islamonline.net/English/artculture/2002/12/article09.shtml

Rosalyn Rushbrook
(Berijazah Dalam Teologi Kristian, Penulis Dari London)

Ruqaiyyah Waris Maqsood dilahirkan pada tahun 1942 di kota London, UK. Nama asalnya ialah Rosalyn Rushbrook. Beliau dibesarkan sebagai seorang Kristian dan memperoleh ijazah dalam bidang Teologi Kristian daripada Universiti Hull pada tahun 1963. Pengetahuan beliau yang mendalam dalam ilmu Kristian merangsang beliau untuk menulis beberapa buah buku tentang agama itu. Antara buku yang ditulis beliau ialah ‘In the Steps of Jesus’, ‘Jesus of Nazareth’, ‘Does God Have a Body?’ dan ‘The Trouble with God’.

Namun pengetahuannya yang mendalam tentang Kristian juga menyedarkan beliau tentang kesesatan agama Kristian terutamanya yang berkaitan dengan konsep triniti. Akhirnya beliau memeluk Islam pada tahun 1986. Pada hari ini beliau berjaya menghasilkan pelbagai buku tentang Islam dan pada tahun 2001 beliau dianugerahkan Anugerah Iqbal kerana sumbangannya.

Rujukan: http://www.welcome-back.org/profile/maqsood.shtml

Mereka telah memilih Islam setelah mengkaji al-Quran. Bagaimana dengan kita semua yang sudah Islam? Adakah kita mengkaji dan membuat rujukan dengannya? Renung-renungkanlah….wallahua'lam



Sunday 9 November 2008

Permata HATI


Bismillah walhmdulillah..

Moga sahabat2 semua sehat dan ceria selalu..Entry kedua suka untuk ana berkongsi bersama semua tentang ketaatan utama yang perlu pada ibu dan ayah.Taat hingga ada korban pada hati kita,insyaAllah ada kemanisannya.

Sebagaimana firman Allah taala:


ووصينا الانسان بوا لديه حملته امه وهنا على وهن وفصله فى عامين ان اشكر لي ولوالديك الي المصير


"Dan kami perintahkan kepada manusia berbuat baik pada kedua ibu bapanya,ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertmbah2, dan menyapihnya dlm dua thn,bersyukurlah kpdku dan kepada dua org ibu bapamu,hanya kepad ku kembali"~s.Al-Luqman:14~


Jika dirujuk dalam At- tafsirul Munir,secara ringkasnya..Allah SWT memerintahkan kpd KITA supaya melazimi diri kita untuk berbuat kebaikan pd keduanya dan taat pada keduanya.Terutama pada ibu yang telah mengandungkan kita dengan keadaan yg amat perit,menyusui,menjaga dan mendidik kita siang dan malam.


Firman Allah SWT:


واخفض لهما جناح الذل من الرحمة وقل رب ار حمهما كما ربيا ني صغيرا


"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah:Wahai Rabb ku,kasihilah mereka keduanya,sebagaimana mereka berdua telah mendidikku sewaktu kecil"~s.isra:24~


Subhanallah,betapa mulianya mereka disisi Allah,suruhan pada kita utk melakukan taat dan berlaku kasih pada mereka.Pegorbanan dan jasa mereka tiada bandingan dan selamana kita hidup tidak akan selesai khidmat kita pada mereka..Alhamdulillah.kurnia tuhan pada ana seorang ibu dan ayah yang amat sempurna,tiada kurang mereka pada pandangan ana,hanya Allah dapat balas segala kesempurnaan yang telah mereka berikan.


Sifat ayah yang amat sabar dan tenang dalam mendidik anak2,sifat ibu yang amat kuat berkorban dan taatnya pada ayah..Alhamdulillah segala yg diberi,ada kesan pada diri.


Us Fathi Yakan ada menyebut,langkah pertama yg sejajar dengan tabiat islam adalah dgn membentuk rumahtangga supaya menjadi rumah tangga muslim.Bertanggungjawab menegakkan islam didalam masyarakt rumahtangga yang kecil.Menyampaikn islam kepada kaum kerabat dan inilah cara yang telah diikuti oleh Rasulullah SAW.


Selain itu,ada satu kalam hukamak:


ما نحل والد ولدا من نحل افضل من ادب حسن


"Tidak ada pemberian seorang bapa terhadap anaknya yang lebih baik dari adab yang mulia"


Seorang ayah,perlu dan mesti ada pengetahuan agama,jika tidak,bagaimana untuk membawa didikan Allah dan rasul pada zuriat.Ibu perlu ada taat pada ayah bagi diperlihatkan pada anak2 akan adab2 yang mulia dan indahnya bait muslim itu.Suka utk ana berkongsi pada sahabat,perihal ayah ana yang amat sabar dan tidak pernah ternampak raut gelisah di wajahnya.Seorang yang tiada didikan asas agama tetapi ada semngat dalam jiwa utk mngaji ilmu tauhid,belajar utk kenal lebih dalam islam.Alhamdulillah berkat dari ilmu yang dipelajari,beliau mampu praktikkan segalanya dalam kehidupan.


Pemberian ayah pada ana kitab Al-hikam karangan imam A'toillah Assakandari adalah antara kitab yang menjadi kegemaran ana dan akan di bawa kemana saja.kitab itu juga telah didhobit oleh ayah ketikamana beliau mengaji dulu.Mufti Mesir,Syeikh Muhammad Abduh berkata:

كاد كتاب الحكم يكون قرانا
"kitah hikam itu hampir-hampir kitab al-quran"

Semua kalam yg dituturkan merupakan hikmah pada ana.Sifat,akhlak dan teladan yg ditunjukkan merupakan hadiah pada ana.Alhamdulillah,moga asuhan oleh mereka menjadi kekuatan pada kita untuk terus berjalan,sedar peranan kita selaku anak,biar apa yang berlaku taat dan pegang kepercayaan dan hrapan mereka pada kita.wallahua'lam

















































Bismillah Walhamdulillah


Bismillah walhamdulillah,segala puji bagi Allah SWT,selawat dan salam buat junjungan besar Rasullullah SAW dan para sahabah serta seluruh generasi yang meneruskan perjuangan baginda.Syukur dengan keizinan masa dan kesempatan yang sedikit,dapat saya create blog ini sekadar untuk berkongsi pendapat, idea dan komentar bersama sahabat.Awalan jazakumullah khairun jaza’ pada sahabat2 yang prihatin dalam membangkitkan kefahaman dan kebersamaan bersama dakwah. Ini merupakan entry yang pertama,moga ianya dapat memberi manfaat pada semua.

Buat entry yang pertama ,suka untuk ana berkongsi bersama sahabat ringkasan atau sinopsis dari saya sebuah kitab karangan Dr Mohammad Abdo Yamani dengan karyanya “Bi Abi Anta Wa Ummi Ya Rasulullah “ –Ku Pertaruhkan Segalanya Demi mu Ya Rasulullah.Subhanallah,karya yang amat menarik..dapat menyentuh setiap jiwa yang membacanya,hadir perasaan rindu,mahabbah pada baginda Rasulullah SAW.Semoga Allah SWT memberikan kekuatan lahir dan batin kepada kita agar kita dapat bermutabaah dan meneladani baginda sepenuh jiwa.Amin

Cucu Adam as yang paling mulia namun ia tak pernah berbangga!

Alangkah indahnya jika hidup kita terikat dengan sirah dan kehidupan baginda.Yang telah dididik oleh tuhannya dengan didikan terbaik,yang diakui Allah memiliki akhlak yang agung,seorang yang amat belas dan kasihan terhadap para mukmin.Allah SWT telah menjanjikannya pemberian yang terbaik dan memuliakannya dari setiap genap serta memalingkannya kepada kiblat yang disukainya.
FirmanNya:
قد نرى تقلب وجهك فى السماء فلنولينك قبلة ترضها
“Kami melihat wajahmu (Muhammad) sering mengadap ke langit,maka akan kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau senangi”

Wahai pilihan Allah diantara semua makhluknya dan yang termulia diantara rasul2Nya.Pada dirimu terhimpun sifat2 kemuliaan yang tidak ada pada mereka(rasul2 yang lain).Engkau memiliki kelebihan atas berkat keistimewaan yang diberikan kepadamu dan Dia akan memberikan kurnia kepadamu agar engkau menjadi puas. Firmannya:
ولسوف يعطيك ربك فترضى
“Dan sungguh,kelak tuhanmu pasti memberikan kurnianya kepadamu sehingga engkau menjadi puas”~S.Addhuha:5~

Antara nabi Muhammad SAW dan para nabi lainnya..
Kepada setiap para nabi dan rasulNya,Allah menjanjikan pahala yang baik(syurga).
Allah SWT berfirman:

ولقد فضلنا بعض النبين على بعض
“Dan sungguh,Kami telah memberikan kelebihan kepada sebagian nabi2 atas sebagian yang lain”
~s.Al-isra’:55~

Maka Engkau adalah yang paling tinggi darjat dan kedudukannya diantara mereka.Sebagaimana yang diriwayatkan Muslim dalam kitab sohihnya dari Abu Hurairah r.a:

((انا سيد ولد ادم يوم القيامة واول من ينشق عنه القبرو واول شافع واول مشفع))
“Aku adalah anak adam yang paling dipandang di hari kiamat,orang pertama yang dibangkitkan dari kubur,orang pertama yang memberikan syafaat dan orang pertama yang diterima syafaatNya”


Benar! engkau sebagaimna yang diriwayatkan oleh Imam muslim.”Adalah anak adam yang paling terpandang dan bukan sombong”.Itulah kebanggaan yang tak mampu digapai oleh orang lain.Allah mengkhususkan rahmatnya bagi orang yang dikehendaki.Tidaklah Allah mengkhususkan seorang pun dari orang yang telah Dia kehendaki atau akan Dia kehendaki dengan apa yg telah Dia khususkan bagimu.Semoga rahmat dan kesejhteraan Allah sentiasa terlimpah atasmu ya Rasulullah.

.Subhanallah,kekasih teragung yang sentiasa dibela ketikamana tuduhan yang dilemparkan oleh kaumnya.Tiada keterangn yang sampai pada kita bahawa ada seorang nabi yang Allah membantah secara langsung semua tundingan yang dituduhkan oleh kaumnya selain
nabi kita Muhammad SAW.

Ketika kaumnya mengatakan bahawa baginda seorang tukang tenung,Allah SWT menyatakan:
((ولا بقول كاهن))
~s.Alhaqqah:42~:Dan itu bukan perkataan penyihir


Sewaktu mereka mengatakan bahwa beliau seorang yang sesat,Allah menjelaskan:
((ما ضل صاحبكم وما غوى))
~s.Annnajm:2~:Kawanmu(Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru


Ketika mereka mengatakan bahawa beliau seorang penyair,Allah SWT menegaskan:
((وما علمنه الشعر وما ينبغى له))
~s.Yassin:69~:Dan kami tidak mengajarkan syair kepdanya dan bersyair itu tidaklah layak baginya


Saat mereka menuduh bahwa beliau seorang yang gila,Allah SWT berfirman:
((ماانت بنعمت ربك بمجنون))
~s.Alqalam:2~:Dengan kurnia tuhanmu engkau(Muhammad) bukanlah gila


Kalamullah sebagai mukjizat Rasulullah SAW

Belum pernah kita ketahui bahawa ada seorang nabi yang dinaikkan ke langit untuk menerima perintah dari tuhannya,kemudian membawa perintah itu ke bumi kecuali nabi kita Muhammad SAW.Nabi Isa AS memang telah diangkat ke langit dan akan diturun ke bumi tapi bila?Wallahua’lam…ia turun bukanla membawa syariat yang baru melainkan Nabi Muhammad SAW

Sebagaimana kita ketahui bahawa Nabi Muhammad SAW telah diangkat ke suatu perjalanan ke Sidratul Muntaha dengan membawa pensyariatan yang baru,juga yang kita ketahui keberangkatan nabi Muhammad kesitu adalah untuk menggembirakan baginda setelah mana menerima berita kesedihan kematian bapa saudara dan isterinya Saidatina Khadijah R.a.Subhanallah!

Setiap Insan akan bersama dengan Orang yang dicintainya....

المرء مع من احب
“Setiap insan akan selalu bersama orang yang dicintainya” -hr atturmuzi dan abu dawud

Orang2 yang mencintai Rasulullah pasti beruntung .Mereka dalam kelompok(Assabiqunassabiqun~Al-waqiah:10~).Allah pasti akan memberikan nikmat terhadap mereka.Orang yang mencintai Rasulullah pasti membenarkn,membantunya,menemaninya,mempercayainya.Mereka juga mengharapkan keredhaan dari AlLah SWT juga keredhaan baginda terhadap mereka.Nabi SAW memberikan berita gembira bahwa Baginda akan bersama mereka hingga di syurga kelak.Dan setiap orang yang telah dan akan terus mencintai baginda hingga hari kiamat,mereka akan bersamanya..Subhanallah

Tidak diragukan bahawa berselawat kepada Rasulullah SAW termasuk amal yg paling barkat,berselawat memiliki faedah yg besar dan manfaat yg banyak kerana ia membersihkan amal perbuatan,menghapuskan kesalahan dan meninggikan darjat.

”Selawat akan mendekatkannya dengan Allah dan RasulNya,merupakan cahaya,menolong dalam menghadapi musuh,menyucikan hati dari sifat munafik dan karat hati,memperoleh kecintaan manusia,dapat melihat nabi SAW dalam mimpi dan mencegahnya dari umpatan(ghibah) orang”

Rasulullah bersabda:
صلو عنى حيثما كنتمو فاءن صلا تكم تبلغنى
“Berselawatlah kalian kepadaku dimana pun kalian berada,kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku”~hr.Ahmad dan Abu Dawud.

Maha suci Allah yang menjadikan Nabi Muhammad sebagai qudwah teragung pada sekelian umat.Keagungan peribadi dan kesantunan teladan yang ada pada diri baginda hingga kini meninggalkan kesan pada sekelian umat.Allah SWT telah melapangkan dadamu,telah menghilangkan bebanmu,Allah SWT telah menurunkan kepadamu AlKitab dan Alhikmah dan mengajarkan mu apa yg belum kau ketahui.Anugerah Allah kepadamu sangatlah besar.
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat untuk nabi.Wahai orang-orang yang beriman,berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya”~s.alahzab:56~

Sahabat2,jadilah kita dikalangan orang yang mengetahui sirah baginda SAW,mengenai akhlak dan perangai nabi SAW sepertimna yang disusun oleh AtTurmuzi contohnya, bagaimana hiasan nabi SAW,cara berjalannya,celaknya,cara beliau makan dan sebagainya.Jika kita melihat dan bersahabat dengan seseorang yang sikapnya ada sedikit dari sikap dan akhlak baginda Rasulullah,pada saya satu anugerah dan nikmat besar,pegang dan dekatilah mereka itu.Alhamdulillah.

Muhasabah semula pada diri,banyak lalai dengan sekelian makhluk,Minta ampun kerana masih ada rasa kasih yang melebihi kasih kepadaMu dan kekasihMu.Ya Allah Jadikanlah hidup kami seiring dengan kehendakMu,hidupkanlah kami dalam sunnahnya,matikanlah kami dalam memeluk agamanya,jadikanlah kami termasuk pandamping2nya,dan tentukanlah kami ya Allah disisiMu termasuk yang terbaik diantara mereka yang memberikan selawat dan salam kepadaNya..Amin .Wallahua’lam