Sunday 22 February 2009

Anda juga pemimpin..

Bismillah walhamdulillah


Alhamdulillah ada ruang utk ana menulis buat kali ni..alhamdulillah kuliah sudah bermula,aktiviti semakin rancak..pengajian,persatuan dan....Em setiap satu silih berganti aktivitinya,,yang paling penting sesibuk mana pun pastikan QURAN dihafaz,,perlu adakan masa jugak,,terutamanya utk ana..baikla,,kali ini ana bawakan entri khusus utk sahabat2..kerna ana yakin,sahabat2 ana semuanya adalah dikalangan kepimpinan..pimpinan utk diri,keluaga,persatuan,masyarakat dan sebagainya..diri kita adalah kepimpinan..Utamanya dalam kepimpinan islam,,matlamat adalah untuk merealisasikan khalifah dimuka bumi dan proses mengislah masyarakat..



Nabi Muhammad SAW memerintahkan al-qiyadah walaupun dalam perkumpulan yang sedikit atau sederhana.sabdanya yang bermaksud:


"Jika tiga orang keluar dalam suatu perjalanan,maka hendaklah mereka mengangkt salah satu diantaranya sebagai pemimpin"-(HR Abu Daud)


Walaupun dalam pekumpulan sedikit,Rasulullah SAW amat menitik beratkan pemilihan pimpinan,apatah lagi dalam pekumpulan yang besar,tentu lebih lagi.Selain itu,para ulama amat memerhatikan alqiyadah(kepimpinan),sebab ianya merupakan salah satu tiang agama,,tanpanya agama tidak sempurna..


Dalam kitab Siasah Syari'ayyah..Syaikhul islam,Ibnu Taimiyyah menjelaskan " Wajib diketahui bhwa mentadbir perkara manusia termasuk kewajipan agama,bahkan agama tidak bernilai tanpanya.Sesungguhnya kemaslahatan ummat manusia hanya akan dicapai dengan sempurna mlalui pekumpulan,kerna saling memerlukan antra satu sma lain,dan ktika berkumpul,mereka harus memiliki pemimpin"..


Bagaimana untuk menjadi pemimpin yg terbaik? Mudah sj,jadilah seorang pemimpin yang punyai sifat pendidik(al-qiyadah attarbawiyyah)..tidak perlu utk kita sentiasa berpidato yg hanya memekkan,atau teriakan yg menggemakan ttp cukup di terjemahkan melalui perilaku yang nyata,tidak perlu utk kita kuasai jiwa2 mereka dgn kekuasaan dan pengaruh jawatan,cukup dengan hanya akhlak,bersifat pendidik dan suka bermasyarakat.kepimpinn attarbawiyyah ini adalh kepimpinn yg berjaya kerna kejayaan mendidik generasi,juga dapat membangun dan melakukan program kebangkitan ummah.Krisis yg melanda ummah kini adalah kerna tiada lg golongan pendidik(murabbi) yang diteladani atau pemimpin berjiwa mendidik..


Sebagaimana yg diwasiatkan oleh Hujjatul Islam,al-Imam al-Ghazali dalam katanya"Hendaklah seseorang salik(peniti jalan makrifat) memiliki seorang guru pembimbing utk menngeluarkan akhlak buruk dr dalam diri..dan membimbing ke jalanNya".Walaubagaimanapun,ianya adalah sifat yang perlu ada pada seorg pemimpin,ttp yg lebih penting adalah perilaku yg mnterjemahkan tugas kepimpinn dalam suasana penuh teliti dan membuat keputusan dengan penuh ktenangan,Sehingga terlaksana program kerja,dan nilai produktiviti meningkat,akhirnya target seterusnya sasaran dapat dicapai..
Selaku pimpinan dalam sesebuah organisasi,kita perlu lbih byk meraikan ahli,memerhatikan keadaan dan suasana semasa di sekitar kita,,sensitif dengan masalah mereka..Perlu bijak membuat keputusan,utamakan keputusan syura,juga tidak bertindak melulu,,lebih pada perbincangan sesama ahli kepimpinan lain.Selaku pimpinan sesama kluaga,sahabat dan masyarakat,perlu pamerkan akhlak yg baik,sensitif pada keadaan mereka dan sabar dengan segalanya..utk diri,,perlu lbih tegas dan terkorban,bertindak pd kemmpuan diri..alhmdulillah,maaf pd salah silap..
wallahua'lam




Monday 16 February 2009

Aku tinggalkan cinta kerna Allah SWT

Bismillah walhamdulillah..


maaf pada sahabat2..lama xupdate blog ni,kali terakhir sblm exam fasa1..apepun syukran pada teman2 yg tegur utk update semula..kali ni entry ana bertemakan cinta..em,dapat emel dari member2 nisa shah alam,mkluman prog sempena hari valentine"Aku dibius Cinta"..dapatlah sikit idea utk create sdikit ttg cinta..erm.."Aku tinggalkan cinta kerna Allah"-tajuk ni diambil dari sebuah artikel bukan dr pengalaman diri :)



Cinta?xlayak nak bawa topik ni tp sekadar utk sama2 muhasabah,saling ingt mengingati selaku sahabat,terutamanya utk ana..selaku manusia,kita xlari dr usikan syaitan juga dari sahutan nafsu..mungkin kita merasa diri kita sudah kuat,mampu untuk menolak segala godaan syaitan dan hawa nafsu dengan ibadah kita..kita merasa yakin bahawa "aku mampu utk menolak segala kejahatan hati dan gerak laku yang mungkar",terkadang kita xmenyedari kata2 dalam hati kita itu didasari dengan perasaan bangga dan berasa hebat..kita tidak sedar bahawa segala kekuatan dari Allah SWT bukan semata2 dengan gerak laku dan kekuatan sendiri.Apabila didatangkan ujian pada kita,,apakah masih kuat atau disebaliknya??nah// ketika itu baru kita teruji,,adakah kita hebat atau sebaliknya..Namun,segala puji bagi Allah SWT dengan segala yg dihadirkan pada kita samada yg baik mahupun yang buruk..


Cinta yang sebenar adalah cinta pada Allah SWT..jagalah hubungan kita dengan Dia sebaiknya,insyaAllah Dia akan hadirkan pada kita orang yg hatinya ada kasih dan cinta padaNya,,dan sebenar cinta adalah selepas diijb kabulkan,itulah hakikat sebenar..jika kita bertemu dengan org yg hatinya begitu,jagalah dia dengan sebaik2nya..jangan biarkan hubungan dicalit dengan hawa nafsu..emm mmg xlayak utk berkata,,selayaknya mereka yang sudah ada ikatan sah utk berkata demikian..tapi takpela utk muhasabah dan saling ingat mengingati.em teringat kata ayah"Orang yg baik utk kita adalah jika kita kasih padanya,,bertambah tinggi ibadah kita..tp jika disebaliknya,,dia tidak baik utk kita"..ana pun xpasti sejauh mana kebenarannya..apepun sama2la kita berusaha,moga dapat bentuk baitul muslim yang baik..


Biarlah hati dan perasaan kita terkorban hanya utk dapat cinta Allah SWT..Doa sama2 ye..kali ni pendek je sbb xrujuk mana2 rujukan..hanya sekadar je..maaf salah silap.Aku tinggalkan cinta kerna Allah SWT///..ni saranan utk diri dan teman2 yg lain..wallahua'lam..maaf

Friday 2 January 2009

Laungan 'Jahanam Israel ' berkumandang di Masjid Negara

Bismillah wal hamdulillah...laporan ni agak lewat disiarkan oleh ana,hari ni baru terdetik nak bg sahabat2..ni khususnya bagi mereka yg blum baca lg..;)

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Hrkh) - Api kemarahan dan kebangkitan umat Islam meledak ke seluruh negara dan pelusuk dunia membantah sikap 'kebinatangan' Israel membunuh dengan kejam penduduk Palestin sehingga mengorbankan lebih 300 nyawa.

Akibat daripada itu, bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur sebentar tadi, sejumlah 500 umat Islam berkumpul menyertai Himpunan Aman Palestin sambil meluahkan rasa amarah yang tidak berkesudahan kepada rejim zionis Israel itu sambil menggesa negara-negara Islam mengambil tindakan drastik bagi mengelak pertumpahan darah berlaku lagi yang bermula sejak 60 tahun lalu tanpa henti.


Pelbagai slogan dan sepanduk dinaikkan antaranya "Support Palestin" di samping laungan penuh benci orang ramai seperti "Jahanam Israel!" "Hancur Yahudi!" berkumandang di pekarangan masjid tersebut yang turut menarik perhatian kenderaan-kenderaan yang lalu-lalang di bulatan berhampiran pintu masuk masjid.





Himpunan hari ini diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub bersama pimpinan PAS dan NGO yang lain seperti Ketua Pemuda PAS Wilayah Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dan Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mat Akin.
Sungguhpun terdapat sejumlah 50 anggota polis, kehadiran mereka dilihat sekadar memantau perjalanan himpunan aman tersebut dan setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini dan tangkapan berlaku.


Sementara itu di Pahang Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim memaklumkan bahawa Gabungan NGO-NGO Islam Pahang dan Pakatan Rakyat turut mengadakan Himpunan Aman Intifadah pada hari ini selepas solat Jumaat di Perkarangan Masjid Abu Bakar, Temerloh.


Manakala Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) juga mengutuk serangan kejam rejim Yahudi ke atas rakyat Palestin dengan mengadakan himpunan sama di perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (SHAS), UIAM Gombak selepas solat Jumaat hari ini.
Pada 30 Disember lalu Naib Presiden PAS Mohamad Sabu telah menghantar memo bantahan kepada wakil kedutaan Amerika dan lebih 500 orang daripada pelbagai NGO dan parti-parti politik menyertai himpunan di hadapan kedutaan Amerika tersebut.

Dilaporkan setakat ini seramai 360 orang dan hampir 1700 orang cedera akibat kebiadapan Israel yang melakukan serangan di Gaza sejak Sabtu lalu. Dalam pada itu sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang dana bagi membantu meringan beban penduduk Palestin bolehlah dimajukan ke Tabung Palestin di nombor akaun Maybank 564070703248 atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA - azm

Salam tahun baru dan Salam imtihan





Bismillah wal hamdulillah...

Salam tahun baru dan Salam imtihan utk semua..Moga dengan kedatangan tahun baru ini,kita dapat sama2 menghadirkan hati dan diri kita dengan azam dan semangat yang baru,moga bertambah segala amal kebaikan,semakin baik hubungan kita pada AllahSWT juga sesama manusia,moga semakin bertambah zikir dan ibadah kita,ameen ya Rob..Sempena imtihan yang bakal menjelang,moga kita bersedia dan yakin pada diri bahawa kita mampu dan boleh berjaya.

Pesanan pada diRi;

Jika sebelum ini pernah kecundang,usha utk atasi supaya lebih berjaya.. Jika sebelum ini pernah kecundang dengan nafsu,usha mencari penawar supaya lebih baik hati itu..Jika sebelum ini ada melanggar taat pada Allah SWT,usha utk kembali padaNya..Jika sebelum ini sukar utk yakin pada diri,usha utk menjadi lebih yakin..segala kebaikan dan kejayaan adalah utk islam..hebat diri utk iSlam..pesan pd diri supaya lebih kuat.


Saya petik pada kata Tok Guru Haji Salleh,guru tauhid ayah sy..sempat ana ikut kelas pngajiannya ketika diMsia..Beliau berpesan,"Amal yang baik itu hanya diterima oleh tuhan,dan itu pasti krn baik dalam segi keikhlasan kepada Allah SWT,tidak mungkin ikhlas kecuali jika tahu benar2 kedudukan dirinya terhadap tuhanNya"

Alhamdulillah,bukan mudah utk menjadi org yg bgitu ikhlas,tulus hatinya,segala amal liLLah..subhanallah..ayah ana pernah bercerita ttg ikhlasnya tok guru Haji Salleh,kata ayah,Tok guru akan datang di bangunan kerja pada setiap hari isnin dan selasa(klu xsilap)umonya sekitar 70lebih(sebaya dengan arwah embah sy) ..beliau akan datang bersama isterinya dengan mnaiki motor,dan beliau mesti akan kenakan serban dan jubah putih..emm di KL,payah nak jumpa org yg lazim dgn bpkaian jubah dan serban..

Ana pernah terserempak dengan tok guru bersama isteri,ketika mereka baru smpi di bngunan kerja ayah..Allah,ksian tgok sbb umonya dh lanjut ttp sbb nak smpikan ilmu,sanggup datang biarpun prjlnn dr umah ke situ mengambil masa yg lama,,Moga beliau dipelihara Allah akan kesihatannya..ameen.

Kelas pengajian disitu tak ramai yang ikut,kmungkinan masing2 sibuk dengan kerja,,anak murid yg tetap,ayah dan beberapa kawannya,,ayah dh lma mengaji dgn Dia,beliau antara guru ayah yg masih hidup,kebanyakannya sudah tiada,,bayangkan dr tahun 1985 ayah mengaji tauhid,,tak mustahil jika kbyakkannya sudah tiada,,Ayah yang mjemput tok guru utk mgajar disitu..kata ayah,ikhlasnya tok guru itu,,dia akan mngajar disurau itu biapun tiada org..dia akan mengajar dan membca kitab dengan nada suara yg sama ketika beliau mgajar..cukup sejam dan lepas solat zohor Dia akan pulang..biarpun tak ramai yang mengikuti pengajian nmun dia tetap akan hadir kesitu.Dia mengajar cara guru pondok,ana suka kerna beliau mengajar ilmu tauhid tu tanpa sedikit tercalit luar dr ilmu Tauhid..Subhanallah,,mntap sungguh beliau.Lancar sj ilmu yang beliau sampaikan,,smuanya tentang Allah SWT.Ana mengambil kuliah usuluddin juga adalah nsehat dari tok guru pada ayah..jadi ayah pun suhla ana amik usuluddin..alhamdulillah

Erm..Kita sentiasa merasa diri lemah,tidak yakin pd diri..Bila diri merasa lemah,Berusha utk dptkan motivasi diri..mungkin sebhgian orang suka mencari motivasi dr pakar motivasi negara yang terkenal,ataupun dari luar negara..maka natijahnya seperti apa yang mereka inginkan dan pasti mereka akan dapat..tapi jika kita peroleh motivasi dr mereka yg dekat pd Tuhan,maka natijahnya seperti apa yg kita inginkan juga dan itu yang kita akan dapat..

Ada seorg teman berpesan pada ana.."awak perlu hebat..hebat awak utk Islam.jgn dimenangkan siFat2 awak yg lemah tu,,fiKir positif//..usha utk jd hebat"..itulah antara kata2 dia..Dia memang seorg yg bsemngat dan sungguh berkeyakinan..ana tumpang semngat dia je..apepun alhamduliilah ada orang yang mnegur dan sesungguhnya segala kekuatan itu dtgnya dr kurnia Allah SWT,,kita cuma berusha..

ok..itu sj utk kali ni,,doa sama2 utk kejyaan bersama.wallahua'lam

Berkata Abu Hamid Al Ghazali...

"Tiap tingkat kepercayaan atau keyakinan itu mempunyai ilmu,perasaan dan amal perbuatan"

-ilmu yakin (keyakinan yg dapat dari pengertian teori plajaran)
-'ainul yakin (keyakinan yg dapat dr fakta kyataan lahir setelah terungkap atau terbuka)
-haq qul yakin (keyakinan yg benar2 lgsung dr Allah,dan tidak dapat diragukan wpun sdikit,,iaitu kyakinan yg mutlak)








Saturday 20 December 2008

Alhamdulillah.2012 tahun ini


Bismillah wal hamdulillah..

Alhamdulillah,segala puji bg Allah SWT,selawat dan salam pada Rasulullah SAW dan para sahabah..Syukur pd Allah SWT kerna dengan keizinananNya.hingga kini masih diberi peluang untuk terus bernafas dan berlaku amal padaNya biar pun sedikit..


Alhamdulillah,syukur atas keizinanNya..hingga ke tarikh ini(20/12/2008) masih diberi nikmat kehidupan,nikmat utk menghayati kehidupan dan nikmat masa untuk aku terus melangsaikan segala hutang kebajikan,amanah dan taklifan yg masih belum dilangsaikan..Alhamdulillah,kerna masih memberi ruang pada diri untuk terus bermuhasabah dan mengubah atas segala kelalaian dan kecuaian pd Mu dan pada sekelian makhluk.

Alhamdulillah..syukur pada Allah SWT kerna telah meletakkan diri ini selaku anak pada pasangan yang terbaik,Ahmad Subki bin Nusi dan Norfarija bt Daud..Alhamdulillah,aku telah dipilih dikalangan zuriat mereka..Alhamdulillah,aku telah dipilih antara anak asuhan mereka,anak didikan mereka..Tiada apa yang mampu aku berikan melainkan kejayaan dan doa moga mereka
sentiasa dalam pemeliharaanNya.


Alhamdulillah berkat kesabaran dan keikhlasan kalian dalam menjaga amanh Allah SWT,keberkatan yang Allah beri,kebahagiaan dan ketenangan..hati terikat dengan Dia,maka apa yang dilalui berasa mudah dan senang..Alhamdulillah punyai mak dan bapa yang memahami diri,yang sabar,yang sudi melayan karenah dan ragam diri yg pelbagai dari kecil hingga dewasa,Alhamdulillah punyai mak dan bapa yang tidak putus2 memberikan nasihat dari kecil,sanggup berkorban untuk anak2 biarpun diri terkorban,segala2nya diberikan hanya untuk melihat anak2 nya gembira dan harapan moga zuriat2nya menjadi zuriat yang soleh dan solehah...Subhanallah,hebat Kau jadikan hati mereka begitu.


Sebagaimana yang dimaklumi:

اكرموا اولادكم واحسنوا ادبهم
(Berlaku pemurahla kamu terhadap anak-anak kamu dan perbaikkanlah adab mereka
hadith riwayat ibn majah daripada ibn Abbas)


Segala apa yang diberikan oleh kedua ibu bapa kita adalah suatu pemberian yang sangat istimewa,perhatian,kasih sayang,pengorbanan dan segalanya merupakan hadiah pada kita..Segalanya adalah kurnia daripada Allah SWT..hargai mereka selagimana mereka masih ada di dunia,jangan putus2 doakan kebahgiaan mereka di dunia dan akhirat..terima kasih mak n bapak///..hanya Allah dapat membalasi segala kebaikan kalian berdua ..
wallahua'lam



















Sunday 14 December 2008

Penglibatan Muslimah dalam Gerakan DAKWAH

Bismillah wal hamdulillah..

Artikel ini diambil dari AlFadhil Ustaz Nasaruddin Mat Isa(Timbalan Presiden PAS)

Penglibatan muslimah di dalam gerakan dakwah adalah merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Contoh yang dibuktikan oleh muslimah yang terdahulu seperti saiyidatina Khadijah binti Khuwailid sebagai manusia pertama yang menyahut seruan Iman dan Islam, saiyidatina Aisyah sebagai gedung ilmu dan pusat sumber maklumat, Ummu Ammarah Nusaibah binti Ka'ab yang bermati-matian di medan Uhud dan Sumaiyah Ali Yaasir sebagai orang yang pertama mendapat gelaran syahid adalah bukti yang jelas bahawa peranan muslimah adalah jauh lebih luas dari hanya sekadar beroperasi di dalam rumahnya.

Fenomena yang mengancam pemikiran ramai manusia dalam memisahkan peranan muslimah di dalam medan perjuangan Islam adalah merupakan sebahagian dari gejala rawathib aljahiliyyah (karat-karat jahiliyyah) dan juga rawathib al isti'mariyah (karat-karat penjajahan) yang begitu dominan di seluruh pelusuk dunia Islam. Akibat dari gejala ini, salah faham terhadap Islam berlaku dan Islam ditohmah sebagai satu ajaran agama yang menindas dan memperlekehkan kaum wanita.

Sifat Islam sebagai Deen ul Fitrah (agama fitrah) yang datang untuk menjadi panduan kepada manusia samada lelaki mahupun perempuan adalah merupakan satu bukti yang nyata bahawa tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini dipikul bersama oleh muslimin dan muslimat. Kebanyakan perintah-perintah yang terdapat di dalam Al-Quran adalah bersifat umum yang merangkumi lelaki dan perempuan dan Islam tidak sama sekali pun membezakan antara mereka dari segi tanggungjawab di atas muka bumi mahu pun pembalasan di akhirat nanti.
Setelah kita berusaha untuk membentuk diri kita dengan sesempurna mungkin untuk memikul tanggungjawab ini, setiap individu muslimah mestilah berusaha untuk memanggil ke arah perlaksanaan cita-cita Iman dan Islam tadi ke dalam realiti. Keindahan dan kesempurnaan Islam tidak akan terbukti kalau hanya setakat teori dan cita yang tidak dicernakan ke dalam waqi' (realiti). Tugas mencernakan ajaran Islam dan mengajak manusia bersama untuk beriman inilah yang dikenali sebagai da'wah.

Di dalam konteks da'wah, di sana ada 3 marhalah (peringkat) yang mesti dilalui untuk menjamin keberkesanan usaha yang dilakukan. Marhalah2 tersebut adalah marhalah ta'rif (pengenalan), marhalah takwin (pembentukan), marhalah tanfiz (perlaksanaan). Di sini kita akan cuba menghuraikan peranan muslimah sebagai da'ieah dalam mengisi ketiga-tiga marhalah tadi.

1. Marhalah Ta'rif .Yang dimaksudkan sebagai ta'rif adalah pengenalan dalam konteks penyediaan individu muslimah yang faham, beramal dengan apa yang difahaminya dan seterusnya berjihad dan beristiqamah pula dalam jihadnya. Untuk mengisi tuntutan ini maka hendaklah setiap muslimah tadi berusaha untuk:
1.1) Melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah azza wa jal dengan pembentukan iman dan aqidah yang benar. Proses ini berlaku apabila muslimah tadi berusaha dan bersungguh dalam ibadat dan hubungannya dengan Allah azza wa jal melalui ibadat dan ketaatan seperti yang telah diwajibkan.
1.2) Melahirkan insan yg faham akan konsep Iman dan Islam yg menyeluruh sepertimana firman Allah azza wa jal: "Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak-jejak syaitan". Surah Al Baqarah ayat 208.
1.3) Melahirkan insan yang memiliki as syakhsiyah al-islamiyyah (personaliti sebagai seorang Muslim) yg contoh ikutannya adalah Rasulullah SAW.

Syakhsiyah ini adalah berbentuk kamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) dan setiap penda'wah hendaklah menyedari bahawa kita sekarang sedang membawa risalah dan setiap gerak geri kita adalah diperhatikan. Pastikanlah bahawa syakhsiyah kita tadi tidak akan menimbul fitnah terhadap Islam yang hendak kita bawa dan tarbiyyah yang sedang kita lalui.

2. Marhalah Takwin.Setelah menjalani proses ta'rif, muslimah hendaklah berpindah pula kepada marhalah takwin. Di dalam marhalah ini mad'u (mereka yang dida'wahkan) hendaklah dibawa mengenali konsep amal jamaie (beramal dan bergerak dalam bentuk jamaah). Islam tidak pernah dan tidak akan dapat ditegakkan oleh individu atau pengasingan diri dari masyarakat. Individu tadi hendaklah memiliki dan mengujulkan intima' dan iltizam (commitment) yang menyeluruh terhadap Islam, da'wah dan harakah Islamiyyah (gerakan Islam).

Dalam peringkat ini hendaklah dibentuk sifat mas'uliyah fardiyah (tanggungjawab) yang tinggi. Masuliyah ini adalah masuliyah yang melahirkan sifat muraqabah (merasakan bahawa Allah sentiasa memerhatikannya) yang akan mengakibatkan individu tadi jujur pada dirinya, jujur pada Allah dan jujur pada perjuangan yang didokonginya. Kita tidak mahu dalam marhalah ini akan timbul permasalahan furu' (cabang) dibawa menjadi isu yang mengakibatkan kita menjadi golongan al mutasaqitin (golongan yang gugur).

Dalam marhalah ini kewujudan baitul muslim (rumah tangga Islam) sebagai nucleus terpenting dalam gerakan Islam adalah merupakan satu tuntutan. Muslimah berperanan untuk memastikan rumahtangganya hidup dalam suasana Islam dalam semua aspek. Dalam hubungan ini Muslimah berperanan untuk menjadi zaujah as solehah (isteri yang solehah), yang taat dan pendorong utama kepada perjuangan Islam suaminya dan juga berperanan besar untuk memastikan tarbiyatul aulad (pendidikan anak-anaknya) berjalan dalam suasana yang Islamik.

3. Marhalah Tanfiz. Marhalah ini adalah marhalah yang terpenting yang merupakan ujian sebenar terhadap commitment seseorang muslimah terhadap pengisian dan kefahamannya terhadap Islam. Islam yang hanya sekadar diteorikan tidak akan mendatangkan sebarang hasil. Dalam marhalah ini, 3 unsur utama yang harus diperhatikan adalah:
3.1 Al Iman al 'amiq: Iman yang mendalam.
3.2. Tanzim ad daqiiq: Penyusunan organisasi gerak kerja yang teratur lagi menyeluruh.
3.3. Al amal mutawasil: Kerja dan komitmen yang dibuat berterusan dan bukan hanya kerana masa yang tertentu, kawan atau suasana.

Dalam marhalah ini, muslimah tidak lagi dapat menyendirikan diri untuk membawa risalah Islam. Panduan Al Quran dengan jelas memerintahkan pejuang Islam untuk berada dalam satu saf yang tersusun rapi: "Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berjuang di jalanNya dalam satu saf seolah-olah batu-bata yang tersusun rapi..." AS SAFF: 3.

Marhalah ini mengajak muslimah untuk keluar di tengah-tengah medan dan bersama mengangkat panji-panji Islam untuk ditegakkan di tengah-tengah kejahilan ummah. Marhalah ini adalah marhalah muwajahah (berdepan) dengan realiti perjuangan da'wah yang akan mengajak kepada pengorbanan yang sebenarnya. Tidak ada di sana sebarang perjuangan yang tidak ada pengorbanan. Pengorbanan dalam da'wah adalah terlalu luas dan banyak bidangnya yang mengajak kita untuk mengurus dan mentadbir diri kita ini dengan sebaik-baik tanzim.


Penutup

Setelah kita melihat segala tuntutan ini dengan jelas menunjukkan bahawa tanggung jawab yang ada di bahu kita adalah lebih banyak dari kemampuan yang kita miliki, maka dengan demikian hadith Rasulullah SAW: "Ilzim jama'tul muslimin wa imamahum"; Lazimkanlah diri kamu dengan jemaah Islam dan Imam (pimpinan) mereka, adalah merupakan satu komitmen yang jelas mengajak kita semua untuk bersatu bersama jemaah. Ikrar sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah akan hanya teruji kalau kita bersama dengan harakah Islamiyyah. Perjuangan yang tidak bersifat haraki adalah perjuangan yang tidak menepati contoh yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan cita-cita Islam tidak akan tercapai kalau kita hanya menyatakan bahawa Islam itu benar, indah dan sempurna tetapi kebenaran, keindahan dan kesempurnaan itu tidak kita jihadkan dan kita da'wahkan.
..............................................................................................................................
Firman Allah SWT:

فقتل فى سبيل الله لا تكلف الا نفسك وحرض المؤمنين عسى الله ان يكف باس الدين كفروا والله اشد تنكيلا
Maksudnya: Maka berperangla kamu di jalan Allah,tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajipan kamu sendiri.Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang.Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang2 yang kafir itu.Allah amat besar kekuatan dan amat keras seksaanNya.
Wallahu a'lam..


Monday 1 December 2008

Muslim Ertinya AMILIN


















Bismillah wal hamdulillah


Artikel ini saya pindahkan dari blog saudara Fairus Shuaib

Siapa yang bergelar muslim wajib beramal, mempertahankan agamanya seterusnya berdakwah kepada orang lain. Itulah yang dinamakan ' Amal Islami ' . Islam mempunyai rukun-rukunnya yang tersendiri, begitulah juga Amal islami. Diantara rukun-rukun Amal Islami yang telah disebut oleh ulamak ialah :

1) Amal Fardi (Bekerja untuk islam secara solo)

2) Amal Jama’ie (Bekerja untuk Islam secara berjemaah)

3)Amal Ijtima’ie (Bekerja untuk Islam melalui pentas yang lebih luas)



Untuk melaksanakan Amal Islami disana ada pesanan dari ulamak gerakkan. Mari kita lihat pesanannya.Berkata Iman Hassan Al-Banna
'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'


10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseorang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul.


Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.

1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

• Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.

• Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.

• Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.



2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

• Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.

• Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.

• Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).


3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

• Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw. Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan daie iaitu sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.


4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

• Walaupun kaya, perlu bekerja.

• Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.

• Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.

• Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).

• Menjauhi riba dalam semua lapangan.

• Menyimpan untuk waktu kesempitan.

• Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.

• Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.


5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)

• Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.

• Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.

• Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.

• Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.



6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

• Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.

• Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan”

• Pesanan al-Banna: “Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan”



7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

• Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.

• Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.

• Dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

• Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.

• Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka “..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.”



9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

• Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.

• Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.


10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

• Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.

• Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada daie.

• Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.

• Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Beruntunglah bagi sesiapa yang boleh mendisiplinkan dirinya dalam memastikan 10 sifat2 yang disebutkan tadi diamalkan dengan sebaiknya. Dialah bergelar pekerja (amilin). Pekerja yang bekerja untuk Islam. Amilin yang berjiwa Muttaqin. Berikut antara saranan al-Jamaah buat Amilin, membentuk syaksiyyah (peribadi) yang Muttaqin.



Top Up 15 Nilai Tambah Syakhsiyyah Amilin Muttaqin


1) Tidak takut celaan orang yang mencela ( bersedia menerima kritikan )

2) Tidak gentar menghadapi risiko ( tahu bagaimana mengurus risiko )

3) Berani mencuba ( tidak prejudis )

4) Semangat mahukan perubahan ( tidak statik atau kaku )

5) Tidak memusuhi idea-idea baru atau pendekatan-pendekatan baru.

6) Tidak membezakan tugas atau terlalu memilih kerja-kerja jamaah.

7) Tidak emosional sebaliknya bertindak rasional.

8) Tegas dan tidak mudah merajuk.

9) Memberi dan menerima.

10) Menunaikan hak orang lain dan tanggungjawab diri sendiri.

11) Bersikap tolerensi terhadap pandangan orang lain dengan tidak menyangka hanya pendapatnya sahaja yang betul.

12) Mengutamakan syura daripada pendapat sendiri.

13) Optimis dengan kemenangan Islam.

14) Memiliki fizikal yang baik, minda yang cerdas, prinsip yang berwibawa dan disiplin yang baik.

15) Pengaruh dan penerimaan masyarakat terhadap peribadi dan perjuangannya.




Salam Penutup

Inilah dia saranan yang dikeluarkan oleh Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat .Moga berjaya membentuk diri sebagai amilin yang mempunyai nilai Syakhsiyyah Muttaqin sebagai jentera Jamaah. Sebagaimana arahan dan peraturan yang telah di‘tampal’ melalui pekeliling Ilahi:


“Wahai orang-orang yang beriman ! Jadilah pembantu Allah ( orang-orang Allah ) sebagaimana telah berkata Nabi Isa ibnu Maryam AS kepada pengikutnya; Siapa yang sedia menjadi pembantuku untuk menegakkan agama Allah, berkatalah pembantunya; Kamilah penolong agama Allah ! Maka beriman sebahagian dari kalangan Bani Israel dan sebahagiannya kufur. Lalu diberi sokongan kemenangan akan orang-orang yang beriman ke atas musuh-musuh mereka dan akhirnya jadilah mereka golongan yang beroleh kemenangan”. (Surah as-Soff : 14)
Wallahua'lam
Diambil dari Artikel